JAPANESE CUSTOMS
Cara Pemakaian Yukata
Okey. Hari ni nak share pula bout Macam mana nak pakai Yukata ni. Tau ape tu Yukata?? Click Sini. Ikutkan sebenarnya hari ni nak share Cara-cara pakai Kimono. Tapi,Kimono rumit sikit. Tak susah tapi rumit. Aku pun tak paham sangat dia cakap. Aku try cari kat google. Tapi hampeh. Then, ter'usha pula blog akak ni. Click Sini. Akak ni student dekat Tohoku University,Sendai. Dalam blog dia semua diceritakan pasal Jepun.Hmmm..Tengok pula cara dia pakai Kimono. Huuu..Rumiiittt dan mahaaall.. So, Simpan lah duit dulu yer baru berangan nak memiliki Kimono. Harga dia 300 yen maknanya (+- RM 11) lah.
Okey. Teruskan pembelajaran.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum memakai Yukata, diperlukan:
1. Hadajuban (Pakaian dalam lapisan pertama)
2. 2 buah Koshihimo (Tali pengikat dari kain untuk mengikat kimono
di bahagian pinggang dan di bawah dada)
3. Datejime (Sejenis Tali ikat pinggang)
Selepas Yukata terpasang dengan rapi, sebuah Obi dililitkan, kemudian Kedua-dua hujung Obi dibengkokkan menjadi satu simpul di belakang pinggang. Obi selalunya dihiasi dengan tali yang dipanggil Obijime.
Untuk mempercantikkan lagi penampilan, Yukata biasanya dilengkapi dengan
beg tangan (kenchiku) yang boleh memuatkan barang-barang peribadi.
Kerana cara pemakaiannya yang unik, orang Jepun juga selalu memerlukan
bantuan dari orang lain untuk memakainya, Tapi ramai juga yang pakai sendiri.
Obi
Obi sesuai dipakai dengan jenis kimono yang dikenakan. Obi yang sesuai dikenakan bersama dengan yukata adalah Hanhaba Obi, yang memiliki lebar setengah dari Obi standard. Ada juga Obi untuk yukata lelaki memiliki lebar yang lebih kecil dari Obi untuk yukata wanita.
Antara pelbagai ciptaan simpulan Obi yang cantik, simpulan kupu-kupu (Bunko) merupakan salah satu yang paling popular dan paling mudah digunakan. Bentuknya macam ribbon kupu-kupu besar.
Selain Obi panjang yang boleh mencapai 3-4 meter, terdapat juga Obi instant atau Obi yang sudah jadi (dipanggil Tsukuri Obi). Pemakaian Tsukuri Obi lebih mudah dan cepat, terutamanya bagi mereka yang belum biasa memakai Obi yang panjang. Tsukuri Obi simply use dengan mengikatkan tali ke pinggang dan clip simpul Obi yang sudah jadi dengan sebuah clip di belakang pinggang.
CARA MEMAKAI YUKATA
- Gunakan pakaian dalam (Hadajuban) dengan rapi. Berdiri tegak, dan masukkan kedua lengan ke dalam yukata.
- Satukan kedua hujung kolar (Tomoeri) dan tarik ke depan dengan satu tangan. Sementara tangan yang lagi satu memegang bahagian belakang Yukata sambil membentukkan lipatan di belakang pinggul (Ohashori). Tarik dan lipat yukata sampai ke bahagian bawah Yukata mencapai ketinggian yang sesuai dari bawah lantai.
- Lipat Uwamae (bahagian kiri Yukata, yang akan berada di sisi atas) ke arah kanan dan ukur sehingga mencapai posisi yang sesuai (± 5 cm dari lantai),dan buka semula.
- Lipat Shitamae (bahagian kanan Yukata, yang akan berada di sisi bawah) ke arah kiri. Jarak yang sesuai adalah hujung bawah Shitamae dari lantai lebih kurang 10 cm.
- Lipat Uwamae ke kanan lagi sampai menutup Shitamae. Jarak yang sesuai adalah hujung bawah Uwamae dari lantai lebih kurang 5 cm.
- Ikat bahagian pinggang dengan sebuah Koshihimo. Rapikan kain yang selebihnya di atas Koshihimo hingga membentuk lipatan yang rapi.
- Tarik kolar belakang ke arah bawah sampai memberikan sedikit ruang di antara leher dan kolar. Pastikan jahitan Yukata di belakang punggung (Senui) berada tepat di tengah.
- Kemaskan kolar depan hingga membentuk V yang cantik, dan ikat bahagian bawah payudara dengan sebuah Koshihimo.
- Kemaskan lebihan kedutan di bawah ketiak dengan melipatnya masuk ke arah perut (terutama bagi yang bertubuh langsing dan melebihkan banyak kedutan kain). Seterusnya pasang Datejime (tali pengikat).
- Lilitkan Obi. Dan Selesai :)
PERHATIKAN !!
- Pastikan jahitan belakang Yukata yang terletak di belakang punggung (Senui) berada tepat di tengah.
- Manakala jahitan belakang Yukata di belakang kaki tidak perlu berada di tengah.
- Bagi yang bertubuh tinggi, Yukata boleh dikenakan tanpa Ohashori (lipatan di pinggang/pinggul)
- Setelah Obi selesai dililit dan dibentuk menjadi simpul, putar simpul Obi ke belakang searah jarum jam agar tidak merosakkan bentuk kolar V.
Antara Yukata yang cantik-cantik :)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Click Sini
Jenis-Jenis Kimono | Tahun Baru Jepun | Makanan Tradisi
1 comment :
Kat mana nak beli Yukata ni? Email me larynxian@yahoo.com
Post a Comment