Wednesday, June 6, 2012

Japanese Customs: Tahun Baru Jepun

   JAPANESE CUSTOMS   
Tahun Baru Jepun
Tumblr_m3qggdobqf1qgk97uo1_500_large

Okey.. Hari ni dah masuk 3 hari cerita pasal Jepun. Dan 2 hari lepas aku share pasal Pakaian Tradisional diorang. Okey, ada lagi 2 hari nak share pasal Jepun. Next week budaya dari negara lain lah pula. 
Nak tau?? heh. Tunggu dan lihat je lah yer. ;)Okey. Hari ni masuk pula bab Perayaan yang disambut oleh rakyat Jepun. Antaranya, Tahun Baru Jepun. Actually, ada perayaan lain yang disambut. Tapi tengah dalam research lagi ni.

Okey, Teruskan pembelajaran ;)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Masyarakat Jepun menayambut Hari Tahun Baru setiap 1 January. Asal-asalnya, tarikh Tahun Baru Jepun (正月 shōgatsu)  berdasarkan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam sampai lah sekarang ni. Kalau tak silap, Tahun 1873, 5 tahun lepas Pemulihan Meiji, (haaa.. yang ni korang kena flashback balik sejarah Jepun yang korang dah belajar dulu) Jepun menerima guna takwim gregory, so hari pertama bulan January dijadikan Hari Tahun Baru rasmi di Jepun zaman sekarang. Sambutan Tahun Baru  dihargai masyarakat Jepun sbg salah satu perayaan terpenting yang disambut dengan dipenuhi adat yang unik sejak berabad-abad lamanya.

KADOMATSU
merupakan hiasan tradisi sambutan Tahun Baru




 POSKAD  
Waktu penghujung bulan Disember & awal bulan January merupakan musim paling sibuk bagi pejabat pos di Jepun. Masyarakat Jepun mengamalkan adat menghantar poskad Tahun Baru ( 年賀状 nengajō ) kepada sanak-saudara,
Bahan bahan membuat  nengajō    


sama juga lah macam masyarakat kita, yang selalu kirimkan kad raya. Tujuan asalnya, pengirim sekeluarga bertanya khabar kpd sanak-saudara yg jauh2. Masyarakat Jepun hantar poskad ni supaya sempat disampaikan 1 January.Pihak perkhidmatan pos menjamin supaya poskad ucapan sempat dihantar pada 1 January kalau dikirim dalam had masa tertentu, sekitar pertengahan bulan Disember, dan ditandakan kata-kata nengajo. Untuk kirim kad-kad tu semua tepat pada masanya, Pejabat pos biasanya mengupah golongan pelajar secara sambilan untuk membantu menghantar poskad.

Mengikut adat, poskad ni tak boleh dikirim kalau terjadinya kematian dlm keluarga sepanjang tahun yang berlalu. So, sepucuk surat yg ringkas dihantar untuk memesan sanak-saudara supaya tak menghantar poskad Tahun Baru yang ceria, sebagai tanda hormat kepada yang meninggal.

Poskad Tahun Baru boleh jumpa dekat mana-mana je. Contohnya, kedai alat tulis menjual kad tercetak. Mostly nye, poskad ni berhiaskan bintang  Zodiak Cina bagi Tahun Baru dan ucapan Tahun Baru. Zodiak Cina berdiri daripada kitaran 12 Tahun. Setiap tahun diwakili sejenis haiwan, mengikut urutan berikut :
Tikus | Lembu | Harimau | Arnab | Naga | Ular | Kuda | Biri-biri | Monyet |
Ayam | Anjing | dan Babi hutan.
Watak haiwan kartun juga dijadikan hiasan yang sesuai dengan bintang zodiak yg disambut, contohnya kad tahun baru 2006, dihiasi watak anjing macam Snoopy, then kad ucapan 2008 pula diserikan dengan watak Mickey Mouse & Minnie Mouse.

Antara ucapan-ucapan yang terdapat pada nengajō :


  • 今年もよろしくお願いします (Semoga kita bersama lagi di tahun akan datang)
  • (新年)あけましておめでとうございます (Semoga bergembira di ambang(Tahun Baru))
  • 謹賀新年 (Selamat Tahun Baru)
  • 初春 (Awal musim bunga)


Okey. Rasanya sampai takat ni jer kot nak share.
Esok aku share pula bout Makanan Tradisi Jepun.

読書をありがとう!
(Thanks for reading!)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Click Sini
Jenis-Jenis Kimono Wanita | Cara Pemakaian Yukata | Makanan Tradisi



No comments :