Assalamualaikum and helloooo peeps! :D
Nak say CONGRATULATIONS! kepada yang dah pun further study di UiTM. Terutama sekali geng-geng dari KTT yang dah pun masuk kampus masing-masing di UiTM Bandaraya Melaka, UiTM Shah Alam, dan UiTM Seri Iskandar :D Waaahh.. pejam celik pejam celik, sekejap je dah ke Degree. Alhamdulillah~Waahh.. masing-masing happy betul. Ada je yang tengah dub dab dub jantung dia bila masuk Degree ni. Ada juga macam percaya tak percaya je dah masuk Degree. Yelaaa.. Rezeki masing-masing. :)
So, gunakanlah peluang yang ada ni, untuk buat lebih baik dari Diploma dulu.
Eh eh, panjang pula introduction nya.
Meh sini, nak share sikit foto-foto yang diambil masa first time menjejakkan kaki di alam Puncak Alam ni :) Atau Nickname nya ialah PALAM.
Selang sehari selepas jejakkan kaki dekat PALAM, kitorang terus godek-godek PALAM ni. *Psst.erti kata lainnya, menjelajah. Hahaa..
- Yang pastinya, bila pagi tu memang sejuklah. Menggegel lah kau kalau tak pakai selimut. Kabus pun kelihatan dah macam dekat oversea dah.. Maaf tak ambil gambarnya sebab tidak kesempatan. yelaa nak nak lagi orang macam aku yang jenis bangun lambat... Shhhh~~ So, anyone yang nak tengok kabus di waktu pagi semata-mata boleh lah lepas Subuh tu stay depan tingkap sampai pukul 7 pagi tu kabus dah kelihatan. Lebih kurang macam dalam gambar ni lah.. *Maaf pinjam gambar sat
- Tapiiii.. sekarang ni payah lah nak tengok kabus... sebabnyaa bukan kabus yang munculkan diri, tapi JEREBU yang munculkan diri -___-'
Puncak Alam, 10 May 2012 |
Waahhh.. Macam dekat oversea kann??
Ini rupa halaman di bawah hostel pada waktu malam.. *Tak boleh buka lebar sangat, depan tu hostel budak-budak lelaki ASASI. uiyshh.. Free2 je nanti |
- Hostel dekat sini macam ala-ala apartment *ke memang apartment? Paling tinggi 7 tingkat kalau tak silap. Apaa? Nak naik tangga??Waahhh.. Semangatnyaa. Jangan risaulah yang malas nak naik tangga tu. Aku fahaamm..hahaha. Hostel ni ada Lift okay. Kecuali hostel dekat Blog Angsana 5 (A5). Haa yang tu memang takda lift sebabnya dia 5 tingkkat je kot kalau tak silap. Kesemua hostel, dalam 1 rumah ada 4 bilik/ 1 Bilik 2 orang.
Ini rupa biliknya :
- Kalau korang dapat duduk hostel ni, patut bersyukur lah. Even 1 bilik 2 orang pun, jangan risau ah! Memang luas. Nak buat study group ke pyjama party ke boleh lah tu ON. hahahaa.. Tapi faham-faham lah makna "hostel" ya.
Dah alang2 bilik luas tu, apa lagiiiii.. letak lah macam2 dekat atas table tu..
Sakit tak mata tengok warna-warna yang lebih kurang je tu??
Biasa lah bila dah ketagih warna Pink ni. hehehee. Overall bilik gua memang semuanya pink.
Daripada cadar hinggalah ke Toiletries. kahkahkahh.. menyirap je member sebilik ni.
Oh ya. Bukan bilik je luas, Meja study pun luaaas dan selesa!
Setiap sorang ada meja study nya sendiri. Memang sedaplah nak buat kerja.
Nak nak lagi kita ni student Graphic. Buat 1 kerja tapi meja mesti nak
ada sketches semua bagai kan. Memang Ngam habis lah aku cakap!
- Okay. Sekarang jom kita tengok pula rupa di sekitar PALAM ni. Tapi, ni pun kitorang tak habis jelajah lagi dunia PALAM ni. Dude! mana sempat ohh nak jelajah semua tempat sekali. Tapi kira banyak tempat juga lah kitorang dah jelajah dalam masa 1 week ni. Takpe. Next week kita jelajah tempat lain pula. hahahaa.. Larat kau Jaahhh!?!
- Okay. Siapa je yang tak kenal "Tangga Kejayaan" di Puncak Alam ni?? Melainkan yang baru nak kenal2 PALAM ni je lah kot yang tak kenal. "Tangga Kejayaan" ?? Haa meh sini kita tengok sama-sama.
Ini dia jalan untuk ke "Tangga Kejayaan"..
Ada 2 cara je nak ke class atau balik ke hostel selepas class:
Turun/ Naik tangga ni ATAU
Tunggu lah Bas Rapid dekat bawah tuuu.. sekali jalan RM 1.
Tappiiii... Bas lalu dalam 2 jam sekali ATAU 30 minit sekali..
Tak payahlah membazir. Naik je tangga tuu..
Aku pun mula-mula tu kena juga paksa dengan budak2 ni.
Lama-lama tu naik dengan rela hati -__-
Ini pula view dari atas Tangga Kejayan tu :
Masing2 Super Excited nak ke Tangga Kejayaan tu. :D |
Ini lah Tangga Kejayaan nya tuuu.. |
Oh ya lupa nak bagitau. Bagi kalangan budak-budak AD ni,
kitorang biasa lagi panggil Tangga Seribu Kenangan. Atau paling tak pun,
kitorang panggil Tangga Batu Caves. Kahkahkahh..
Tangga Batu Caves ni, ada 255 anak tangga kalau tak silap.
Tak percaya?? Haaa.. cubalah kira sendiri. :)
Mula-mula tu macam nak menangis aku naik tangga ni. Huuiihh semput gua..
Tapi bila dah seminggu ni naik turun tangga ni, Rilex sikitlah. Dia tak terkejut macam masa mula-mula nak naik tu. hahahaa..
Tangga Kejayaan / Tangga Seribu Kenangan/ Tangga Batu Caves |
Excited sangat nak jelajah PALAM petang2.. |
Hujung nun sana tu, Itu diaaa "Tangga Batu Cave" kitaa.. *Goyang kepala sikit |
- Dekat sini pula bangunannya semua tinggi-tinggi! Masa pertama kali jejak ke Puncak Alam ni, sekali pandang dah macam berada di Putrajaya.. Konsepnya seakan-akan. Oh lupa lagi nak bagitau, UiTM Puncak Alam ni tak lama lagi akan dijadikan Main Campus macam dekat Shah Alam. Sekarang tengah OTW k. Kau tunggulah bila bangunan-bangunan lain pula bangun.
Selama 1 minggu dekat PALAM ni, bagi aku memang awesome lah dekat sini. Cuma ada masalah sikit, susah nak dapat line je -___-
Nak tahu apa lagi yang BEST nya dekat sini?? :
- Dewan Kuliah @ Class memang banyak lah. Kalau AD ni lain class lain Bangunan Fakulti nya. Sebab menumpang je kita deat Fakulti orang. Sabar yaa.. Tak lama lagi kita ada bangunan Fakulti kita sendiri. Insya'allah.
- Class memang cool dan besar.
- Kafe pula banyak pilihan makanan dan murah. Ini memang ikut harga student.
- Siapa kaki CoolBlog tu memang ada lah dekat sini. Lagi murah berbanding dekat luar. Boleh dapatkan CoolBlog ni di Kafe Kolej Angsana k.
- Dekat kolej kediaman ni ada 2 Kafe : Kafe Kolej Angsana & Kafe Kolej Raflesia. Kafe terletak betul2 berhampiran dengan kolej kediaman masing-masing.
- Oh ya. McDonald ya? Haa yang itu hanya terletak di luar pagar UiTM...Ada hikmahnya dia letak luar. kahkahkahh..
- Lecturer pun memang jiwa remaja juga lah. Nak-nak lagi lecturer AD. Memang Best, Sempoi & Sporting.
- Futsal Court & Court Basketball pula dekat je dengan kolej kediaman/Hostel.
- Dekat sini pun ada Gymnasium. Yang ni aku belum sempat lagi singgah. Aku nak singgah?? Harharhar.. Kalau secara paksaan rajinlah kot singgah :p
- Minimart dekat sini macam-macam ado.
- Mesin ATM banyak. Tapi hampeh aku ni pakai acc Cimb je. -__-
- Bas sentiasa ada. Rapid KL U90 & T600. Kalau yang nak turun ke Klang Sentral ATAU ke KL tu boleh lah naik U90. Yang nak ke KL tu nanti akan sampai ke PKNS then kena tukar bas U80. T600 tu untuk ke pasar lambak & Econsave. Ada orang kata, nak ke Secret Recipe pun boleh :p Boleh lah huluq sikit dekat ceq.. hahaa..
Bustop betul2 belakang Hostel Angsana. |
- Bangunan dekat sini pun lawa-lawa. Landskap cantik, cun dan cool. Sesuai lah untuk student AD247 (Photomedia) :)
- Dekat setiap bangunan blok ada 2/3 mesin basuh. Ruang membaca pun ada juga :)
So, itu saja nak share setakat ni :
Tunggu lah aku update lagi lepas dah betul2 menjelajah UiTM PALAM ni :D
Oh lupa nak cakap. Aku syok gila dekan Group yang aku masuk sekarang :)
Sarawak'ian member so funny but Sarawak'ian member was sooo Coool :D
Okay.
Trimas
UiTM Di Hatiku
2 comments :
salam sis. tak lama lagi i'll be your junior. xD
sis nak tanya sikit, for graphic design nnt dkt mana dia punya fakulty? jauh tak from the tangga kejayaan?
hihi. thanks sis.
Hai, sist. Saya dari Indonesia. Mau tanya nih. Subject yang bisa diambil di bachelor graphic design apa saja ya? Bolehlah kirim2 email atau lewat hangout :D terima kasih perempuansenja28@gmail.com
Post a Comment