Saturday, August 23, 2014

Congrats Bakal Junior Degree UiTM Palam!!


Pinjam gambar yaa..

Assalamualaikum peeps, and Assalamualaikum sis ee.da :)
Aku tak berapa nak ingat proses masa awal-awal masuk Degree untuk penerapan dulu. 
Sat naaa, aku rewind balik apa yang aku ingat k :)


Keperluan untuk pelajar Penerapan, kalau tak silap;

Semasa Pendaftaran Kolej, (Kolej Angsana/Kolej Rafflesia/Kolej Casuarina) :
- Pendaftaran kolej pada 6 & 7 SEPTEMBER 2014 (SABTU & AHAD) jam 9:00 pagi. Seelok-eloknya datanglah 6hb tu, 7hb kemungkinan ada yg tak dapat hostel, ataupun hostel yang korang dapat jauh-jauh.
- Akan ada khemah untuk pendaftaran tu (jangan risau, akan ada papan tanda tunjuk arah/polis bantuan)
- Pergi dekat mana-mana meja pendaftaran, isi je borang yang disuruh isi then akan dapat kunci terus. Lepastu, naik je terus untuk kemas barang :)
- Kalau nak satu bilik/ satu rumah pun boleh. Tapi cakap lah korang nak duduk sama then masa pendaftaran kolej tu, korang duduk sebelah2 (Insya'Allah dapat sama kalau ada kekosongan lagi lah)


So, Keperluan yang wajib ada untuk Penerapan :
1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu & Bapa
3. Salinan Sijil SPM
4. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan (Diploma)
5. Salinan Slip Gaji Ibu Bapa
6. dan lain-lain (Tengok dalam list yang korang dapat sekali dengan Surat tawaran tu)

Keperluan lain lagi, 
1. Biasalah, korang kena bawa baju sukan semua (Degree ni banyak event dia) Kadang-kadang korang sendiri takde masa.. Tapi ada je masa (Apa aku cakap ni)
2. Ada event2 yang sediakan kupon, dan ada yang takde. Lagi banyak kupon korang dapat, lagi berpeluang korang dapat duduk hostel untuk Semester depan (Insya'Allah, tak semua pun dapat)

Selapas Pendaftaran Kolej ;
- Takde benda pun korang kena buat, macam aku masa awal-awal masuk dulu, Hari Sabtu juga. Lepas siap pendaftaran kolej, kemas barang dalam bilik, petang tu ada masa sikit aku round dengan member-member dekat Palam tu. Siap turun dekat Tangga Kejayaan lagi tu! Semangat weyh!! :D Siap selpi lagi tuuu~ hahaa.. Selpi tu selpi juga, masa tu juga lah kitorang turun FSK nak tengok jadual kelas. Haa!, rajin-rajinkan lah buka student portal k. Tapi untuk awal-awal sem ni, korang kena pandai2 lah tau jadual korang untuk Isnin tu. kalau nak selamat, Pagi Isnin, turun FSK jam 8 pagi, tengok jadual siap-siap dekat situ. :D
- Hari Ahad (esoknya) tu pula pun takde benda nak buat, so, round2 je lah lagi. takpun korang kenal2 lah dengan member serumah :) Lagi ramai kita kenal lagi bagus ya dok..


Hmmm~~ rasanyaa itu je lah kot yang aku mampu rewind.
hehee
Apa-apa pun Good luck bakal student di UiTM Puncak Alam :)
And Congratulations!!! 
Kalau terjumpa, say Hello ler :D :p 
Daftar lah dekat Kolej Angsana, aku dapat dekat Kolej Angsana.
Muehehehee :p



Sekian, Trimas




2 comments :

aida said...

Jumpa nnti at puncak alam cik siti.

aida junior ktt anda :)

Anonymous said...

brpe eh cgpa untuk dapakan degree di uitm puncak alam bg course accountancy??