Sebelum aku teruskan cerita hari ni, apa kata kalau korang ushar dulu Montage IRIS 8 kitorang ni :)
Firstly korang kena tahu & faham concept kali ni adalah Art Invasion. Other words, kitorang ni as an Alien.
So, watch this! :D
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan lafaz Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah, Majlis Diploma Show IRIS 8 Unite Travaganza: Art Invasion ini telah pun berjaya dilaksanakan oleh pelajar-pelajar semester akhir jurusan senireka grafik di Kolej Teknologi Timur(KTT) program usahasama UiTM. Majlis yang berlangsung selama 3 hari (22 Oct - 24 Oct 2013) itu turut di meriahkan lagi oleh kedatangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan BBST, pelajar-pelajar KTT, ibu bapa, dan pensyarah-pensyarah.
Alhamdulillah, dengan berkat doa ibu bapa dan pensyarah-pensyarah serta tunjuk ajar dari mereka yang tak pernah serik mengajar, Majlis itu dijalankan dengan sempurna. Tak lupa juga, dengan adanya kerjasama dari rakan-rakan seperjuangan Majlis ini tak akan berlangsung dan semeriah begini. :) Dengan jumlah pelajar seramai 47 orang ini, Alhamdulillah artwork kita semua mencapai standard seperti yang dimahukan.
Kepada rakan-rakan seperjuangan ADHolic IRIS 8, harap kita tidak mensia-siakan ilmu yang telah kita perolehi dari Semester 1 hingga 5 ini. Saya (Siti Nur Baiyah) doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat :)
Tak lupa kepada Sir Syahrul Asri Omar, terima kasih tak terhingga daripada kami kerana mendidik dan membantu kami dengan bersusah payah. Kami tak akan persiakan apa yang telah sir ajarkan kepada kami :) dan terima kasih juga kepada moderator UiTM, Encik Wan Zamani kerana sudi hadir memeriahkan majlis kami.
Foto-foto ketika Majlis berlangsung:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Ayat penulisan pulak dah aku pakaiiii.. hahaa.. Ter'excited lebih pula. :p alaaa, bila lagi nak buat ayat penulisan macam ni kan. Anyway, bersyukur sangat-sangat sebab dah pun selesai Diploma Show lepas bertungkus-lumus dengan geng2 ADHolic IRIS 8 ni :) Hope we can reunite after this. Our friendship never end. Aku sayang korang semua woi! :')
No comments :
Post a Comment