Sunday, August 4, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Kepada rakan-rakan,sahabat handai,saudara mara serta para pengunjung SeeTee Artwork. Saya Siti Nur Baiyah Abdullah (AKA Tee), serta keluarga ingin mengucapkan,…
” Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin ”

Moga hari raya ini,mengundang seribu satu rahmat dan kemeriahan bersama keluarga tercinta..


Wah, pejam celik pejam celik sekejep je dah nak raya. Rasa macam baru semalam start puasa. Dengan kesibukan nak review ni, memang tak rasalah bulan puasa tu. Menggugat iman betul. sabar sabar~ Ni pula tengah sibuk tolong mak buat kuih raya yang masih lagi ada dalam "List kuih" untuk customer. Hmmm~ Busy nya sangat. Sambil-sambil tolong buat kuih tu, sebelah tangan ni pula siapkan assignment. Haaa.. Assignment tetap assignment. Dan sambil-sambil buat assignment tu, buat juga kad raya. Nampak tak? Nampak tak? hahaa.. Macam biasalah tiap-tiap tahun hari raya, kad raya tetap ada. Tapi e-card je lah ea, kalau nak kasi print banyak-banyak tu mampuih lah aku. Duit nak cekau tang mana. Takpelah. e-card pun e-card lah. 

Oh ye, sementara tengah ada masa ni. Saya disini susun sepuluh jari memohon maaf kepada rakan-rakan dan readers blog ni kalau saya terkasar bahasa, terlancang suara, atau tertendang mana-mana sehingga menyakitkan hati sesiapa sahaja, segala perbuatan yang tidak menyenangkan dan menyusahkan korang semua. Lagi-lagi dah final sem ni, macam-macam pula yang nak jadi. Biasalah dugaan. (ceyh, aku tak pandai main kata-kata) So, harap awak-awak semua sudi maafkan saya. Dan dijemput sangat beraya ke rumah saya. Hehee.. wa tak jadi balik Singapore laaaa~ Adik-adik dengan ayah je pergi. Sebab bila pikir assignments yang boleh tahan juga ni, tak jadi weyh nak raya sana..... So, Yang tau mana rumah tu, tau-tau je lah mana AU1 kan. Yang nak datang beraya tapi tak tau dekat mana, jangan segan-segan lah untuk bertanya :)

Okay, itu je ucapan setakat ni. Seriously, aku tak pandai nak berucap. Banyakkan ketawa je (Awet muda taw ni~)

Eh sat! Baca pantun ni. Pantun ciplak je..

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidil Fitri,
Nak hantar KAD RAYA posmen dah cuti,
E-card saje pengganti diri,
Salam Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.


Copyright©2013.All Right Reserved by


No comments :