Dugaan demi dugaan :)
Tapi ape aku kesah?? Dugaan apa sekali pun, kena juga aku @ kita tempuh. Buat apa fikirkan dugaan yang datang ni?? If difikirkan lagi, kompem akan sakitkan hati kan?? Lagi bertambah sedih kan??
So. Right Now! Stop pikirkan dugaan tu SEKARANG!! :) Cari something yang boleh buat korang tak pikirkan masalah tu lagi. Kalau tak selamanya, sekejap pun jadi lah ;)
Jangan Tahan Kesedihan
Tak salah kalau nak menangis sampai meleleh2kan air mata sekali pun. Air mata tak bermaksud menunjukkan kita ni lemah. Bila kau nak menangis, menangislah sampai perasaan kau lega.
Menjaga Kesihatan
Pemakanan nutrisi yang baik akan isi balik energi yang hilang sebab derita emosi lagi-lagi yang putus cinta.
Busy'kan Diri
Jangan berhenti melakukan aktiviti. Yang tgh baru je putus cinta, janganlah pula pulaukan diri. Berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling yang peduli pada kita akan buatkan kita fokus pasa sesuatu yang positif.
Mendekatkan Diri Dengan Allah.
Ni lah satu-satunya cara paling berkesan untuk ubatkan luka lepas putus cinta. Dengan memohon kepada Allah, Insya'allah kepedihan hati akan terganti dengan keteduhan hati ;)
Berfikiran Ke Hadapan
Lepas masa dah berlalu & kita dah pun sembuh dari duka,better fikirkan semula apa yang sebenarnya dah jadi dengan hubungan cinta yang dulu. Dari situ kita boleh belajar dan mengambilnya sebagai iktibar untuk menjalani hubungan cinta yang seterusnya.Tak perlu trauma untuk memulakan hubungan cinta yang baru.
So peeps, kembalikan keceriaan korang balik :) Tak payah terlalu pikirkan masalah yang dihadapi. Bagi aku, Senyum & Ke'busy'an diri buat aku lupakanmasalah yang dihadapi. Ikut cara koranglah kalau itu yang buat diri rasa lega even seketika ;)
No comments :
Post a Comment