JAPANESE CUSTOMS
Makanan Tradisi
Salam peeps. Sepuloh jari disusun rapat-rapat. Sepatutnya entry ni post semalam. Tapi kebusy'an tak dapat nak dielak.heee..actually,takde lah busy sangat pun sebenarnya. Lepas pack barang aku terus layan Detective School. Sorry~~ sampai tak perasan dah pukul 11 malam.
Okey. Ape-ape pun. aku tebus semua tu. Hari ni aku buat dua entry yang terakhir k. Lepas ni tunggu lah aku free baru aku teruskan menaip. yelaaa..Dah masuk new sem. kompem busy nyer nanti.
Okey. Teruskan pembelajaran.
-----------------------------------------------------------------------------
Ni dia
MAKANAN TRADISI JEPUN
Osechi
Masyarakat Jepun menjamu hidangan khusus sempena Tahun Baru yang bergelar osechi-ryōri (御節料 atau お節料理), ataupun osechi. Sup ozōni (お雑煮) kegemaran ramai terdiri daripada miso, rumpai laut rebus (昆布 konbu), kuih ikan ( 蒲鉾 kamaboko ), ubi keledek lecek dengan buah berangan (栗きんと kurikinton ), akar burdock reneh (金平牛蒡 kinpira gobo), , dan kacang soya hitam manis (黒豆 kuromame ). Kebanyakan hidangan-hidangan ini berasa manis, masam, atau kering, agar tahan lama tanpa memerlukan penyejukan; tradisi masakan ini diamalkan sejak zaman tanpa bekalan elektrik lagi, ketika kebanyakan kedai ditutup sempena perayaan. Terdapat bermacam-macam jenis osechi, dan sesetengah makanan di suatu rantau tidak dimakan di tempat lain (ataupun dilarang) pada hari Tahun Baru. Kini, sashimi dan sushi turut dijamu selalu, di samping makanan bukan Jepun. Untuk melegakan perut, bubur tujuh herba (七草粥 nanakusa-gayu ) pada 7 Januari, yang disambut sebagai jinjitsu (人日).
Mochi
Satu lagi adat tahun baru Jepun ialah membuat kuih pulut (餅 mochi ). Pulut (餅米 mochigome ) dikukus, lalu dimasukkan dalam bekas kayu berbentuk timba lalu ditepuk dengan air oleh seorang sementara seorang lagi memukulnya dengan tukul kayu. Pulut tersebut dilecek-lecek sampai menjadi ladu putih yang melekit. Mochi dibuat sebelum hari Tahun Baru dan dimakan pada awal Januari.
Mochi juga dijadikan hiasan Tahun Baru bergelar kagami mochi (鏡餅) yang dibentuk dari dua biji kuih mochi bulat yang beralaskan limau pahit (橙 daidai ) di atas. Nama daidai dipercayai bertuah kerana sama bunyinya dengan "turun-temurun."
Oleh sebab mochi amat melekit, terjadinya kematian akibat tercekik ketika sambutan Tahun Baru di Jepun, khususnya di kalangan warga emas.
読書をありがとう!
(Thanks For Reading!)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Click Sini
No comments :
Post a Comment