Friday, July 22, 2011

A Little Story Pasal Rumah Mona Fendy(MF) !


Kenapa aku busybody sangat nak post pasal "Mona Fendy" ni ??
Suka hati aku lah. Alaaa.. story pasal Mona Fendy ni agak interesting dan juga menakutkan. Time tengah Blogwalking tadi, tetiba terjejak di blog minah ni. Dia post pasal Mona Fendy. So, dapatlah sedikit informations. Heh. Kalau dah bab2 benda macam ni. Aku straightforward geledah semua. Aku suka bab2 main "Korek-Korek" cerita macam ni. Even aku sendiri takut. Okeylah. Taknak bebel panjang. Korang enjoy lah ye dan kasi faham apa yang di alkisah kan ni. Sebab, ni pun aku kopipes from other blog juga.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau nak cerita pasal Mona Fendy ni, mesti nama dia semua kenal kan? Maybe yang tak kenal tu, korang still baby lagi time tu. Same to me. Aku pun belum ada lagi dalam perut mak aku time tu. Ni pun aku merajinkan juga diri ni dengan muka yang semangat, pegi temuramah nenek aku pasal Mona Fendy ni. 

Mona Fendy ni asalnya seorang penyanyi & pernah muncul dekat TV3 dalam rancangan Muzik-muzik suatu ketika dulu. Antara albumnya DIANA1,tahun 1987. Kalau ada sesiapa yang dengar betul2 setiap ayat dalam nyanyian dia memang menggerunkan. Lagi-lagi MF sanggup membunuh & mengerat mangsanya dengan kejam & menanam also menyimen mangsanya adalah sesuatu yang tak dapat difikirkan dek akal. Selain jadi penyanyi, MF ni juga merupakan seorang dukun ataupun bomoh ilmu hitam. Korang mesti tau pasal kes Mona Fendy ni yang melibatkan pembunuhan yang kejam gila tu. Untuk korang yang tak tau lagi cerita tu, meh sini aku alkisahkan serba sedikit.

MF ni didapati bersalah bila terkantoi yang dia ada bunuh seorang Datuk yang bernama Datuk Mazlan. Bukan calang-calang bunuh OK. Dia punya bunuh memang High Class punya. Kenapa erh ? Heh. Sebab dia siap tetak lagi mayat Datuk tu jadi 18 kerat. Wooo Phsyco gila ! Well, dah nama pun ilmu hitam. Kompem lah dia nak kebalkan lagi ilmu dia dengan buat benda2 macam tu. Haih! Manusia manusia.Tak payah heranlah. Manusia pun sekarang ada yang makan manusia juga.

After a year of 1993.
Mona, suami dia & pembantu dia kena tangkap atas tuduhan membunuh Datuk Mazlan tu dengan mengerat badan Datuk tu kepada 18 BAHAGIAN dan siap tanam lagi dekat sebuah rumah kosong.Rumah kosong mana tu aku tak tau. Mungkinkah disebelah rumah korang? Who knew kan ? Ish! Seram sejuk dah aku. Dan akhir sekali, at the year 2001, MF telah menamatkan riwayat dia pada hari Jumaat 2 Nov 2001. Tapi aku dengar ramai yang kata even dia dah kena hukuman mati pun. dia sebenarnya masih hidup lagi. Macam mana tu ?? Entah lah. Aku takde jawapan untuk persoalan tu. Seram jek. Terdapat lagi satu fakta, kenapa dia digelar MONA FENDY ? Sebabnya, Mona tu nama bomoh wanita tu. Fendy tu pula nama suami dia
dan apabila digabungkan maka jadilah Mona Fendy. Kahkahkah.. tu pun tak tau ke??

Antara yang minah tu cakap lagi kat blog dia, dia kata Bf dia dengan saudara bf dia pergi ke sebuah rumah lama & kosong dekat area Subang. Dengar-dengar orang kat situ cakap rumah tu is the one of the houses owned by Mony Fendy. Its true or not diorang sendiri pun tak tau. Tapi, time tu diorang dah pun servey tempat tu. Diorang pergi time malam & masuk ke dalam rumah tu.

Antara experience yang diorang dapat ada yang rasa susah & berat nak start enjin kereta lepas je keluar dari rumah tu, & macam biasalah diorang rasa seram sejuk. Selain tu, dari apa yang diorang cerita ramai orang cakap, dekat dapur belakang rumah tu ada banyak rumput & tile yang dah pecah. Tempat tu lah di mana dia tanam mayat-mayat tu semua. True or not kesahihan yang rumah tu rumah MF kitorang tak boleh pastikan.
Dan mungkinkah rumah tu rumah yang dikatakan ???? Dekat bawah aku ada kopipes gambar yang bf minah tu amek depan rumah MF yang dia katakan tu.



Ini lah antara peralatan & strategi si Mona Fendy ni guna
 untuk membunuh mangsanya kepada 18 kerat.

P/S : Aku share ni bukan untuk mengaibkan sesiapa. Aku cuma share untuk dijadikan sbg maklumat. Sebab ramai yg kat luar sana nak tau sangat pasal Mona Fendy ni. Tapi bagi sesiapa yang dah baca entry ni, janganlah pula kita mengaibkan dan menburuk2 kan orang yang sudah tiada. Mungkin ada sedikit kebaakan tentang Mona Fendy ni yang kita tak nampak. So, Moral of value is, Jangan ikut sesuka hati je korang nak judge orang. Ada akal ada otak, kuat iman, korang tau mana yang baik dan buruk yang boleh kita bezakan.

Trimas

2 comments :

Anonymous said...

good info
follow aku balik k
http://badmintonwestonteam.blogspot.com/

Cik Siti said...

k dude...thanks 4 the cmment n following..