Tuesday, May 1, 2012

Flashback


Petang-petang layan SUDOKU kejap . Dah layan semua game dekat FACEBOOK. Naik muak pulak. So,petang-petang ni, ujilah minda sikit. Hahahaa. Hampeh. Been almost 1 year tak bermain nombor.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Okey. Assalamualaikum peeps.
Sihat semua?? Yang tak sihat, pegi klinik, cakap dengan doktor tu,
"Doktor, Doktor. . .

Saya tak sihat lah, boleh doktor bagi saya ubat?
Saya nak sembuh cepat-cepat. Kalau tak, 
saya tak boleh baca blog Budakcupcakes . . ."
Get well soon k ;) jaga diri. Jaga pemakanan.

Okey, main story hari ni, 
FLASHBACK.
Kalau dah kata pun flashback dah kompem kompem lah nak flashback masa kecik kecik dulu.

Duduk duduk belek kuah;
Nak masak punya lah lama,
Tepi bontot ada pulak sampah;
Apa ke bendanya ni?Eh gambar lama lah.

Tu lah pantun bodoh aku.Tengah punggah-punggah almari, alih2 jumpa gambar masa kecik kecik.:)


Huuuihh~~Anak cina mana ni ??

Shhh~~ Diam lah.
Jangan salah faham bila tengok semua gambar aku .Secara jujur aku cakap. Aku anak melayu setulen tulennya.Takde campur apa-apa perisa. Kalau tak silap, Masa aku darjah 1 kot. Time tu dekat shopping mall mana entah. lupa pula. Ada nyonya ni pegi cakap cina dengan aku. Aku pun start lah kerut kerut dahi kat situ. Hahahaa. Aku pula tak tau bahasa tu adalah sejenis bahasa cina. Mak aku bagitau, dia tanya cucu dia dekat mana. Opsss.. Lupa pula aku tengah main lari - lari dengan cucu dia tadi(Hahahaa. Ikot suke aku je main dengan orang tak kenal )

Hmm. Bukan sampai tahap umur tu je nyonya cuba berkata-kata dengan aku. Sampai sekarang pun ada yang cuba speak macam tu. Selalu kena masa kerja. Customer cina ingat aku cina. Lepas dia tau aku bukan cina , dia gelakkan aku pulak. Aiyshh~ Lempang kang. Siap cakap :
"Oh, I'm so sorry~ I thought U ni chineese .
Maaf kan saya lagi sakali ." 
-dengan slang cina dia-
Haihh~~ 

Okey2. korang jangan tengok pada gambar je okey. Nampak je macam tu. Tu korang baru tengok . Belum tau lagi aku macam mana masa kecik kecik . :) Seriously, aku sangat lasak. Semua game aku main, aku mana join bebudak pompuan main Barbie, masak masak, kawin kawin. Hahahahaa .. Aku memang tak suka game bodoh macam tu ! Lainlah . . Polis entri, nyorok nyorok, kejar kejar, galah panjang, bola tampar, baseball/roundas,  kejar garisan, buaya buaya(panjat&gantung tembok/garage)banyak lagi ,dan aku memang tak boleh lupa keaktivan aku masa kecik kecik . :) Tak macam sekarang, nak bersukan pun payah. Dengan athma yang aku dapat ni .

Start masuk form 1, aku dah tak join budak2 sini main. yelaah..semua pun dah besar besar kan . Dulu yelah banyak kena marah dengan mak. Sekarang dah besar, so , pandai-pandai lah bawa diri.

Okey. rasanya tu lah kot 'Flashback' yang tengah ada dalam mind aku ni.
Terima kasih kerana sudi membaca . ;)




Trimas...

No comments :