Saturday, February 15, 2014

Special Entry untuk Tim Hijabers


Assalamualaikum and happy weekand semua!!! :D
Especially untuk Tim Hijabers kesayangan ;) Hope semuanya sihat-sihat ketika membaca blog Siti yang tak seberapa ni. :)

Teruskan membaca Copyrwriting Siti ni ;) *Cakap ala-ala MC lah konon

Siti minta maaf sangat-sangat sebab tak buat ucapan sikit masa dinner di Restoran Al-Rawshar hari tu.
Heee.. Kita tak reti nak buat ucapan depan-depan orang ramai ni. Malu + Segan + Malu kalau ter'crying ke.. hehee. So, seperti yang Siti janjikan, Siti buat entri di blog Siti ni khas untuk Tim Hijabers semua :)
Dah lama terfikir nak buat entri khas ni, kebetulan pula ada beberapa orang yang  dah tau link Blog Siti ni. Baru nak secret secret.. hehee.. Terkantoi dah. Okay! Nak mulakan dengan apa ya? *Pandang dinding cari ilham kejap. 

Eh, mesti lah kena mulakan dengan bos kan. hehee

Okay Siti mulakan Ucapan/Copywriting Siti. Bismillah~
Firstly Siti nak ucapkan Terima Kasih kepada Tuan Shuaib dan Puan Shida sebab sudi bagi peluang dekat Siti untuk jadi salah seorang daripada keluarga Hijabers. :) Banyak yang Siti belajar & dapat daripada tunjuk ajar Tuan & Puan. Hehee.. especially bila tengok Tuan dengan Puan dalam handle bisnes ni :D hehee.. Kalau tak, mana lah Siti tau benda lain selain Design. Okay! Siti minta maaf dekat Tuan dengan Puan kalau Siti ada buat silap sepanjang berkhidmat di Hijabers sebulan lebih ni :( Terutama dari segi handle customer. Secara jujur, banyak juga lah Siti mengeluh sebab customer ni. Tapi lama-lama tu, dah smooth sikit lah layan customer. hehee..

Okay, Siti nak ucapkan Terima kasih juga dekat Puan Shue, Tuan Anizal & Tuan Acan :D hehee.. Awesome! Itu yang Siti mampu cakap. Awesome? sebab apa? Puan Shue awesome sebab walaupun kecil-kecil cili padi, Siti tengok Puan Shue banyak bagi idea & pendapat. :D Tuan Anizal awesome sebab banyak keluarkan idea dari segi design :D jujur lah kan, kadang-kadang tu Siti ada je copy + immitate design Tuan sikit. hehee. Lepas ni takde dah Siti dapat perkataan "Proceed" dekat tempat kerja lagi. Dapat perkataan "proceed" dekat kolej pula nanti. Tu pun tah lepas ke tak Proceed tu. Tuan Acan pula awesome sebab, dalam beberapa hari je ( ke sehari?) boleh siapkan Website. Buat kerja pun pantas je :D Terkejut Siti dengan Nisa. Design pun cun :D 

Okay. Kak Ziha. :) Kawan pertama Siti dapat masa mula-mula Siti datang interview hari tu. Friendly + Talkative + Polite. Ni lah ciri-ciri kak Ziha yang Siti boleh katakan. Masa tunggu untuk interview tu, ada juga lah yang teman berbual-bual. Takde lah bosannya masa menunggu tu :) Oh ya, Kak Ziha lah yang banyak-banyak bagi tunjuk ajar Siti sepanjang di butik. :D Terima Kasih Kak Ziha :) Minta-minta nanti kita terserempak lagi ya dekat LRT/Bustop, hehee..

Coworker Graphic Designer yang mulanya macam kerek sikit, Nisah. :D Staf yang sama kepala dan teman gelak ketawa dalam "Bilik Beku" tu :D Sorry Nisah sebab terpaksa tinggalkan Nisah sorang2 dalam bilik beku tu. Takpe. Lepas ni nanti ada lah pengganti Siti. ;) Good luck for your future. Mesti lepas ni Siti datang Hijabers, Nisah dah lagi maju dari Siti lagi-lagi designs :D Amin~~

Okay. Untuk Aina, Tim Offline Hijabers. Lepas ni dah tak rasa dah kuih raya Aina buat. *Eh, kuih raya ke? hehee.. Good luck Aina. Banyakkan usaha + fokus semasa berkerja :) Kalau taknak letih, minumlah extrajoss. *Eh, jangan-jangan. hahaha. Oh ya, kata hari tu katanya nak belanja Burger King, tak belanja pun kita :( *GurauJe. 

Okay semua, Terima kasih sebab banyak bagi idea, pendapat, pengalaman & epic moment yang paling berharga. Siti tak pernah lagi dapat pengalaman yang best dekat tempat kerja sebelum ni. :D Ni yang paling best setakat ni! (y) Hope Siti diberi peluang lagi untuk bersama Tim Hijabers even Siti dah habis Degree nanti. Insya'allah Siti akan mantapkan lagi Hijabers lepas tu :D Insya'allah. 


Okay, itu saja story Siti.
Terima kasih untuk gambar yang cantik, Siti pinjam ya untuk tatapan disini.
Say "Goodbye"? No, I'm gonna say "Insya'allah we'll meet again" :)

Trimas! 



1 comment :

Unknown said...

Awesome copywriting..
Study smart..we pray for your success..InsyaAllah.